Petua Mencari Calon Suami :')
Setiap wanita megidamkan sebaik-baik lelaki untuk menjadi pelengkap hidupnya . . Begitu juga lelaki :')
1) Pilih yang baik dan beragama
Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik . . Kalau tak ada agama , tak adalah pegangan dalam hidup , kan ?
Nak didik anak bini pun susah . . Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri , tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya . .
2) Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tengah berdating , mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan . . Penyabar atau pemarah . .
Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka , masa tu la nak tengok dia melenting atau tak . . Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran . .
3) Jangan nilai pada rupa
Don't judge a book by it's cover . . Maksudnya , jangan menilai buku melalui kulitnya saja . . Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja . . Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah , tapi hatinya mungkin baik . .
Kalau muka tu handsome macam Zayn Malik . . Tapi perangai tak senonoh , nak buat apa ? Ingatlah nanti kalau kita dah tua , muka kedut pun sama-sama kedut . . Tak ada yang kekal . . Allah hanya meminjamkan untuk sementara sahaja :')
4) Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja , tapi juga hormat pada orang tua kita . .
So , kalau si dia datang ke rumah . . Perhatikanlah tingkah laku dia pada mak ayah kita pula . . Adakah si dia berkelakuan sopan , ataupun disebaliknya . . Perhatikan juga cara si dia mengambil hati mak ayah kita . . Jika kita lihat mak ayah kita suka , beerti dia memang calon suami yang baik untuk kita :')
Jika anda bijak memilih , insyaallah kekal dan bahagia
hingga keakhir hayat :')